아멜리아 울란 다리

Kumpulan kata cinta


Potret Cinta


Cinta yang kukenal bentuknya menghantar indah timbang-timbangan kerana Tuhanlah keindahan
kurnia memenuhi jiwa insan mempesona erti qadar dan usaha.

Semangatnya cinta paling marak menegak jihad Islam
menghalang tindak rakus Yahudi kerana cinta kerana Tuhan bersyahid juang mulia mewangi.
Sukmaku cinta tiada akhirnya meski geraknya tiada di indera jiwalah penghidup kuatnya cita oh, Ilahi reda pemaslahat jiwa.


2006




Ramadan Ini


Ramadan ini menemukanku hakikinya makna diri sendiri bukan di cabang pilu
tapi di semesta sinar
ku berpeluk pada tasbih Yang Satu tidak melukakanku
membawaku kepada yang benar.

Terbit semangat paling menguja
dari kejatuhan yang pernah mendurja cerlang di pohon cahaya-Mu
oh, pelitakan arah jalanku
biar sayup kejayaan melambai asal dayaku yang berombak uji reda dan tabah kutempuhi.

Indah Ramadan rembulan cinta syukurku sungguh ke hadrat pencipta betapa bahagia nikmat kurnia
hingga engganku berpaling jauh dari-Mu.


23 Ogos 2006




Cinta Teragung


Saat kutitip bisikan syahdu mengenang ingat hasratku dulu ingin bercinta kerana-Mu tujuanku supaya bermakna hidup berlalu bukan penunggu pensia waktu.

Dini ini Ilahi Esa
aku kembali menyentuh rasa di Ramadan hujan permata
warna rembulan berkasih hikmah buat hambamu penuh serah.

Aku pasrah ya, Tuhan dalam malamku sujud reda kuredah cahaya bulan-Mu
penuh rahmat bergunung waktu oh, tidakku mensia tentu kebenaran di laman hidupku.

Ramadan ini, Tuhanku tidakku pernah kejauhan lagi mendakap agung cinta-Mu Illahi.


20 Ogos 2006




Terima Kasih, Tuhan II


Alangkah bersyukurnya diri ini bukan elegi bohongan sepi hingga tangisku menadah rayu biarku tahu hinanya daku.

Terima kasih Ilahiku Esa,
terlalu banyak rezeki Kaucurah malah selalu mengabul doaku, lindungiku pancar musibah sehingga aku tidak tahu bagaimana perlu membalasnya.

Bangunkan aku, Tuhan
di jagaku ada takut mendatang setiap ketentuan hikmah
khuatir pada durja menduga
oh, sedarkan daku Ya Rahman elaki noda yang tak terpadam aku mau mati dalam reda-Mu bertemu cintaku.


29 Mac 2006




Bukan Remang Sangka


Dalam remang kasih cahaya seluruh
terserlah dari kabut hidup reda dan pasrah
lewat resah.

Meski diliputi kabus gelita uliti hanyir musuhi takwa
kesal bertandu merindu yang benar mungkin itu langkahnya qadar dakapi temu kasihnya Tuhan
bukan semata syurga neraka relalah ibadah dilaksana jua.

Tiadalah kejam Ilahi Esa
biar balam dan hitam asalnya namun usah dilengah doa kembalilah ke hatimu segera berbaik sangkalah pada pencipta!


Tunas Cipta
Jun 2006




Tentang Larian Itu


Entah di semesta mana meneka ruang gerhana daki atau selusurilah
mungkin lampu yang meletup lebih cerlang cakerawala fikir buatmu pandang
hayunkan laju buai angan itu
hingga dapat kupetik jasad yang jaga melarikan jiwaku daripada menoktahkan undurku, anjakku, hingga berjumpa larian ini bukan kecut melepas dosa
mungkin mentol pecah rancangnya lebih menyerlah larian ini pecut - waspada peka
lari menggelongsor lurah
atau keringat panjat bonggol curam
lari, pergi, datang, sampai adalah larian jumpa diri dan mencari Tuhan
takjub alam hati di semesta kuasa tentang larian itu
mendetik lambai obor puncak langsung memakna sari jasa.

Tentang larian itu … sendirinya wajar perlu Ilahiku lebih tahu.


9 Disember 2005




Mewarna Pilihan


Seingat lagi senja itu
dalam berbayang cahaya pelita bila terangnya sedepa cuma masih menunda kegelapan.

Seperti dirinya manusia masih terbit peluang jalan dalam semak liku cabaran.

Pelita dan kehidupan
apapun langkah yang datang perlu sendiri mewarna pilihan di ketentuan Tuhan.


5 Disember 2005




Doa Kalbu


Tuhanku,
kubibir masih nama-Mu
dalam angin memukul syahdu.

Kusedar berdosanya aku kembali hanya bila tak tentu dalam keliru hidup termangu baru kuketuk pintu langit-Mu
sedang senangku dulu Ya Rahman
Tidakku setiakan sujud dahi apatah doa di kerdip suci kecapi nikmat yang lupa diri.

Kini Tuhanku,
engganku terasing lagi berpaling dalam insaf tadahan mohon
rintih daku merindu belas
pinta bebanku diringani selalu mengurang ansur derita kurayu Oh, takku rebahkan lagi
tiang nurani di cahaya sunyi.

Bentuklah daku Ilahi Esa moga hidayah saljukan kalbu kesungguhan doa seorang aku.


15 November 2005


Made by : Ida munira abu bakar
아멜리아 울란 다리
Load comments